Artikel

Akta Baharu Pantau Pihak Pinjaman Institusi Bukan Bank, Akan Digubal Pada 2025

Dalam era serba mudah ini, akses pinjaman kini tidak lagi sekadar terhad kepada institusi perbankan malah institusi bukan bank turut beroleh kelayakan untuk menjadi penyedia dalam segmen pinjaman.

Melihat pada kerancakkan akses itu bersama kadar hutang isi rumah yang kian meningkat – mulai tahun 2025, kerajaan akan menggubal akta baharu yang bertindak memantau pinjaman yang ditawarkan oleh institusi bukan bank.

Perkongsian Timbalan Menteri Kewangan Amir Hamzah ini menjelaskan aturan sedemikian adalah hasil tumpuan yang dilaksanakan bersama Bank Negara Malaysia (BNM). Di mana menerusi pengenalan akta tersebut, pengawalan pemberian pinjaman akan dilaksanakan. Ini termasuklah akses BNPL – Bayar Nanti Pakai Lekas.

Seperti yang umum ketahui, pada sidang bajet bulan lalu – Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut memaklumkan sebuah sebuah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan kelak bagi mengawalselia selain penyedia BNPL turut meliputi penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit seperti syarikat pemfaktoran, pemajakan bukan bank.

Langkah itu adalah tindak-balas pentadbiran negara akan kebimbangan risiko hutang yang semakin meluas ketika ini. Khususnya kalangan anak muda dan kumpulan pekerja yang memiliki kemampuan terhad.