Pengetahuan yang rendah berhubung cara pengurusan wang dan hutang boleh mengakibatkan sebilangan individu berdepan masalah yang besar – antaranya diisytiharkan muflis. Isu ini dilihat terus menyelubungi kumpulan pekerja negara termasuklah kakitangan awam. Tahukah anda, sekitar 3,602 kes muflis telah direkodkan melibatkan penjawat awam sejak 2020 lagi.
Perkongsian Menteri Undang-Undang pada sidang Parlimen ini jelas memaparkan tahap pendidikan pengurusan kewangan kekal rendah, biarpun kalangan penjawat awam negara. Melihat pada angka itu secara jelas tahap keberhutangan kumpulan penjawat awam ini adalah serius. Ini kerana mengikut Peraturan Berkaitan Penyelenggaraan Taraf Kehidupan dan Keberhutangan Serius yang menggariskan aturan potongan gaji dan pendapatan hendaklah berlaku dikadar minimum 40% sahaja.
Namun kesan peratusan yang lebih tinggi, ia membawa kepada status muflis kalangan penjawat awam. Mengikut statistik Jabatan Insolvensi jumlah kes itu merangkumi pecahan 1,009 kes (2020), 678 (2021), 621 (2022), 628 (2023) dan 666 kes (setakat September 2024).