Kutipan yuran sijil halal di Malaysia dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun – apabila sejak 2012 sehingga 2023 didapati lebih RM80 juta telah berjaya direkodkan pasaran negara.
Perkongsian pada sidang Parlimen itu memperincikan, tahun lalu sahaja telah memaparkan peningkatan penggunaan sijil halal di pasaran negara – dengan rekod kutipan fi sijil halal mencapai RM12.15 juta.
Jelas bahagian Hal Ehwal Agama, perolehan kutipan sedemikian telah dikembalikan semula pada manfaat ekosistem perniagaan di negara. Antara menyediakan pelbagai insiatif ke atas industri dan premis dalam mendapatkan sijil pengesahan halal. Ini termasuklah pelaksanaan program seperti Halal On Track.
Selain pulangan ke atas pasaran industri, dana sokongan tersebut turut diperluas kepada aturan kerjasama dengan institusi seperti Lembaga Lebuh Raya untuk membantu peniaga di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) meraih pensijilan halal di premis mereka.