Artikel

GXBank Rai Setahun Operasi – Kini Miliki Hampir 1 Juta Pengguna Bank Digital Di Malaysia

GXBank Berhad, bank digital yang diterajui Grab kini secara rasminya meraikan dua tahun operası mereka di pasaran Malaysia. Lebih manis sambutan ini memperlihatkan seramai hampir 1 juta pengguna telah menikmati perkhidmatan bank digital bersama GXBank.

Berdasarkan prestasi semasa, pengguna telah membuat lebih daripada 24 juta transaksi dan membuka lebih daripada 900,000 Poket bersama GXBank.

Pada perkembangan itu, GXBank pada acara sambutan operasi turut memoerkenalkan produk kewangan terbaharu dalam membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mencapai matlamat kewangan mereka melalui pelancaran ‘GX 2.0 – Next Starts Now.’

Di mana di bawah pelan perkhidmatan kewangan pada tahun kedua ini akan memperlihatkan lebih banyak kerjasama akan dilaksanakan – bagi menyediakan lebih banyak kemudahan sokongan dana dapat diperluaskan kepada kumpulan pekerja rencam dan PMKS.

Antaranya GX FlexiCredit yang akan diperkenalkan secara berfasa kepada rakyat Malaysia mulai November 2024. Mereka yang layak dan memenuhi syarat boleh menerima kelulusan segera untuk had kredit sehingga RM150,000 dalam hanya beberapa minit. Tidak hanya itu penawaran GX Biz akan turut dilaksanakan, dengan membolehkan lebih ramai pemain perniagaan kecil meraih manfaat pembiayaan GX Biz FlexiLoan dengan had kredit sehingga RM150,000.

Selain memacu peniaga kecil, GXBank bersama Grab turut laksana kesepakatan dalam memacu ekosistem startup tempatan dengan menampilkan TeXnovasi dengan sokongan Cradle.

Tidak sekadar Cradle, dalam masa terdekat dijangka penawaran dan promosi akan dimaklumkan kelak bersama rakan kongsi yang lain – antaranya Jaya Grocer, Moomoo, PayNet dan Shopback.

Namun perlu diingatkan GXBank adalah bank digital pertama negara yang meraih pelesenan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) Bank Negara Malaysia pada 29 April 2022 lalu. Ini bermakna ia berperanan selaku bank konvesional, yang jelas memaparkan status GXBank bukanlah di bawah patuh-syariah. Maka segala penawaran yang disertakan adalah tidak mematuhi piawaian patuh syariah.