Rentetan penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JDTC), usaha ini dilihat akan meluaskan lagi penghasilan tenaga kerja berkemahiran tinggi di pasaran Malaysia. Selari dengan agenda itu, Johor kini disasarkan akan menjadi negeri terawal menawarkan paras gaji permulaan RM4,000 sehingga RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.
Perihal ini didasari akan pelarasan gaji di Singapura yang ketika ini diparas $1,500 iaitu bersamaan dengan RM5,290. Adanya penawaran gaji permulaan yang lebih seimbang, usaha ini turut membantu negara mengekang bakat tempatan untuk keluar dari pasaran Malaysia.
Berdasarkan perincian, pelarasan itu gaji permulaan RM4,000 akan ditawar buat pekerja mahir berpendidikan diploma, sementara pekerja mahir berpendidikan ijazah pula akan meraih gaji permulaan sekitar RM5,000.
Ketika ini difahamkan aturan itu akan direalisasikan Johor seiring dengan matlamat semasa mereka iaitu menyediakan 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di pasaran negara. Usaha pembangunan peluang tersebut sedang dilaksanakan selaras dengan pembangunan zon ekonomi khas Johor-Singapura.