Ke arah meluaskan lagi jejak digital pada pasaran negara, Malaysia optimis mencapai 25% sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kaşar (KDNK) menjelang 2025 kelak.
Matlamat ini dizahirkan Menteri Digital Gobind Singh pada penganjuran Malaysia Digital Xceleration Summit 2024 yang dilaksanakan bermula hari ini. Jelas kementerian, penganjuran ini penting bagi menghimpunkan seluruh pemain digital tempatan dan antarabangsa dalam meneliti langkah digital negara di masa hadapan kelak.
Berdasarkan sasaran, sejumlah lebih 3,000 pengunjung akan memanfaatkan acara ini dengan pemaparan pelbagai akses teknologi yang tersedia di Malaysia – meliputi kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, 5G dan perluasan perlindungan data.
Pada sidang yang sama, Menteri Gobind turut memaklumkan mulai pertengahan Disember kelak Pejabat AI Kebangsaan yang dimaklumkan September lalu akan mula dibuka di negara namun perincian berhubung aturan itu hanya akan dikongsikan setelah kumpulan pentadbiran meraih kemajuan menyeluruh berhubung pelaksanaan tersebut. Tidak hanya itu, kerajaan juga merancang membentuk Suruhanjaya Data di bawah Kementerian Digital bagi memacukan lagi usaha pemeliharaan privasi data.
Namun aturan itu akan dikemukakan bersama sidang Kabinet dan statusnya akan diketahui pada pertengahan 2025 kelak.