Berikutan pengumuman pentadbiran memberi baucar buku pada Mei lalu – kini didapati seramai 1,915,110 murid tahap dua sekolah rendah, diikuti sekolah menengah dan institusi pendidikan lain di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) telah menebus insentif tersebut – daripada jumlah menyeluruh 3.55 juta pelajar.
Jelas KPM pada sidang Dewan Rakyat hari ini pelaksanaan baucar itu hanya boleh ditebus secara atas talian dan ia sah sehingga 31 Disember kelak.
Menerusi akses sedemikian, ini menggalakkan lagi lebih ramai golongan pelajar negara membaca di samping mengurangkan tekanan kos pada perbelanjaan tersebut. Secara menyeluruh jumlah nilai Baucar Buku Madani yang telah ditebus sehingga semalam adalah sekitar RM157 juta.
Buat pengetahuan umum, ini pecahan kumpulan pelajar yang telah meraih manfaat baucar tersebut:
- 661,487 adalah kalangan murid tahap dua sekolah rendah
- 1,191,817 kalangan pelajar sekolah menengah
- 61,806 pula kalangan pelajar Kolej Vokasional, Pra-Universiti, Kolej Matrikulaso dan Institusi Pendidikan Guru (IPG)
Berdasarkan penebusan itu – ia menghasilkan nilai pembelian berjumlah RM120.5 juta melibatkan 3.9 juta naskah buku di pasaran semasa.