Setelah mengumumkan dana peruntukan melibatkan pelbagai sektor dan pihak – Kerajaan pada akhir pembentangan Belanjawan 2025 memaklumkan akan memberi RM500 kepada semua penjawat awam negara melibatkan gred 56 ke bawah.
Pemberian bantuan khas kewangan itu turut akan disalurkan kepada penjawat awam bagi lantikan kontrak.
Malah semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen pula akan menerika sebanyak RM250. Bantuan tunai khas ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025 kelak.