Bagi meluaskan lagi asas cukai secara progresif, kerajaan kini mencapai kesepakatan untuk perkenalkan Cukai Dividen pada kadar 2% ke atas pendapatan dividen yang lebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham secara individu.
Aturan ini dimaklumkan akan dilaksanakan bermula tahun taksiran 2025.
Jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ikhtiar ini adalah tindak balas negara untuk meluaskan skop hasil di mana, cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada saluran gaji semata tetapi turut melibatkan sumbangan daripada pemilik syarikat atau individu yang miliki harta saham jutaan ringgit.
Lebih lanjut, pertimbangan akan diberi bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan seperti KWSP, amanah saham bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara.