Artikel

Borong Melabur RM75 Juta Pada Ekonomi Digital Sarawak – Pacu Peniaga Tempatan

Borong, Macro Tech Ventures iaitu penyedia penyelesaian hab platform e-dagang kini terus meluaskan perkhidmatan mereka pada pasaran negara dengan melaksanakan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), bersama lima syarikat lain pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa. 

Kesepakatan ini memperlihatkan perkongsian Borong dengan SDEC dan komitmen mereka untuk melabur RM75 juta bagi membolehkan pendigitalan merentas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak dan membangunkan lagi arena perniagaan tempatan pada pasaran semasa. 

Borong menjangkakan untuk membawa lebih 60,000 PKS melalui penyediaan alat dan sumber digital yang dapat memindahkan perniagaan mereka daripada luar talian kepada atas talian. Borong juga akan menilai kesediaan digital dan pengetahuan PKS, latihan digital, dan aktiviti orientasi bersama SDEC.

Menerusi matlamat ini, ia akan meningkatkan lagi penyertaan peniaga tempatan khususnya peniaga kecil pada medium e-dagang negara dan sekaligus meluaskan jejak mereka pada pasaran global.