Pentadbiran negara kini dalam pertimbangan untuk perkenalkan kad skor ke atas syarikat yang menyediakan pelaburan berkualiti tinggi serta menawarkan insentif yang baik dalam pasaran negara.
Inisiatif ini menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) adalah sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP). Aturan tersebut bagaimanapun perlu mendapatkan kerjasama bersama pihak kepentingan seperti Bank Negara (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Antara ukuran dalam pelaksanaan kad skor ini akan didasari beberapa faktor sebagaimana dilaraskan dalam NIA – seperti peningkatan dalam struktur ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi, usaha perluaskan hubungan domestik, langkah bangunkan kelompok ekonomi baharu serta tambah-baik usaha kelestarian (ESG) dalam pasaran negara.