Setelah melalui beberapa proses semakan – Johor memaklumkan negeri akan kembali melaksanakan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025 kelak.
Aturan ini disahkan menerusi makluman rasmi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada hari ini (7 Oktober).
Langkah tersebut diperincikan telah mendapat perkenan dan restu kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat kesepakatan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Adanya makluman tersebut, diharap sektor swasta melibatkan syarikat berkaitan untuk laksanakan penelitian lanjut bagi memastikan hak pekerja terus terjamin dan tidak mengugat sebarang aktiviti operasi perniagaan di Johor – pada tempoh yang dikuatkuasakan kelak.
