Bagi memastikan syarikat penyenaraian memiliki nilai-tambah, Bursa Malaysia kini dalam perancangan membangunkan rangka kerja baharu untuk penilaian tersebut. Di mana agenda tersebut secara langsung adalah langkah untuk menarik lebih ramai pelabur baharu.
Mengikut laporan bersama Bloomberg, insiatif itu akan memberi tumpuan dengan meningkatkan pulangan pemegang saham menerusi pelarasan prestasi syarikat – antaranya meliputi nisbah harga kepada pendapatan serta pulangan ekuiti.
Aturan ini dimaklumkan akan tertumpu kepada syarikat yang masih tidak mencapai peningkatan dalam penilaian, maka bersama lembaga pengarah potensi syarikat yang terlibat akan diteliti dan ditambahbaik bagi meluaskan lagi peluang pasaran buat kumpulan syarikat yang terlibat.
Selain usaha itu, sekiranya tahun ini Bursa menetapkan sasaran 42 tawaran awam permulaan (IPO) dicapai – matlamat itu digandakan pada tahun hadapan dengan jangkaan 50 IPO. Antaranya melibatkan penyertaan kalangan syarikat sektor penjagaan kesihatan dan telekomunikasi.
Lebih menarik dalam merealisasikan matlamat sedemikian, Bursa turut dalam usaha menambahbaik proses kawal selia bagi mempercepatkan penyenaraian IPO dengan memendekkan proses permohonan daripada 6 bulan kepada 3 bulan. Aturan ini sekaligus akan merancakkan lagi kemasukan syarikat pada penyenaraian.