Artikel

PERKESO Kini Kuat Kuasa Had Siling Gaji Baharu – Perluas Faedah Kepada Pekerja, Keluarga

Selari dengan penguatkuasaan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini menguatkuasakan had siling gaji baharu – daripada RM5,000 kepada RM6,000 bagi caruman PERKESO

Ini bermakna bermula hari ini, perubahan bayaran caruman itu haruslah dipatuhi majikan mengikut pindaan had siling gaji baharu yang dilaraskan. Malah berdasarkan pengamatan pengurusan, aturan ini tidak akan membebankan majikan susulan kesannya kepada perniagaan adalah di paras minimum.

Pada tindakan tersebut, dijangka lebiha bayak faedah akan diraih kumpulan pekerja waris sekiranya berlaku isu yang tidak diingini. Berdasarkan tindakan itu, dianggarkan 1.5 juta pekerja atau 15.5% daripada jumlah pencarum PERKESO akan terlibat dalam peningkatan siling gaji. Ini tidak sekadar melibatkan pekerja tempatan bahkan pekerja asing.

Buat pengetahuan umum, ini bukanlah pelarasan had siling pertama yang dilaksanakan PERKESO. Ia merupakan peningkatan siling gaji kali ke-6 dilaksanakan sejak PEREKSO ditubuhkan pada 1971. Menerusi aturan baharu itu, ia akan membantu pekerja meraih manfaat disebalik peningkatan kos sara hidup dan komitmen semasa.