Artikel

Dubai Jangka Sedia Khidmat Teksi Terbang – Pada Suku Pertama 2026

Sekiranya sebelum ini terdapat perancangan pengenalan khidmat teksi terbang dapat dilaksanakan tahun 2025 – kotaraya Dubai kini menjangkakan aturan itu dapat direalisasikan menjelang suku pertama 2026 kelak.

Sasaran itu menurut bahagian Dubai Roads and Transport Authority (RTA) adalah didasari berasaskan pelan bandaraya tersebut dalam melancarkan mobiliti bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat masa ini, langkah proses pengujian dan perolehan pensijilan kenderaan bersama rakan kongsi Joby Aviation sedang dilakukan. Malah ketika ini, operasi turut di peringkat mereka bentuk stesen lapangan terbang menegak ataupun vertiport bersama Skyports. Menerusi aturan itu, dijangka terdapat 4 vertiport di Dubai (DXB), Palm Jumeirah, Dubai Marina, Dubai Downtown dan disasar dua daripada dibuka pada awal 2026 kelak.

Selain ingin menyediakan khidmat teksi terbang, Dubai turut merancang menjadikan khidmat limosin mesra alam dengan penggunaan enjin hibrid dan elektrik pada 2026, disusuli menjadikan semua perkhidmatan teksi di ibu kota tersebut menggunakan tenaga elektrik menjelang 2035, serta semua perkhidmatan bas elektrik menjelang 2050.