Artikel

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur $12 Juta – Bekerjasama Dalam Baik Pulih Peralatan Pendaratan

Capital A melalui segmen kejuruteraannya, Asia Digital Engineering (ADE) kini mengatur kerjasama dengan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia (GMF) bagi mengukuhkan ekosistem dalam penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pada peralatan pendaratan. Kesepakatan ini untuk makluman telah membawa kepada usaha pelaburan bernilai $12 juta.

Pada usahasama dengan anak syarikat PT Garuda Indonesia (Persero) itu, ia memperlihatkan ADE miliki 49% kepentingan dalam memainkan peranan kepakaran pemulihan peralatan pendaratan. Adanya kebersamaan kedua pihak ini ia secara langsung menetapkan suatu penanda aras baharu dalam perkhidmatan sedemikian – tidak sekadar melibatkan khidmat kepada Garuda dan AirAsia tetapi ke atas jenama lain pada pasaran Asia Tenggara.

Secara menyeluruh, pelaburan ini membolehkan ADE dan GMF meluaskan lagi tawaran perkhidmatan mereka di samping memanfaatkan permintaan pasaran peralatan pendaratan di pasaran serantau.