Setelah disenaria pada Pasaran Utama Bursa Malaysia, 999 SpeedMart kini dalam usaha mengukuhkan operasi mereka pada dagangan tempatan – dengan memiliki 3,000 cawangan menjelang 2025 kelak.
Matlamat itu susulan pada langkah IPO, syarikat telah mengumpulkan RM2.36 bilion dan sebahagian dana tersebut akan diserap untuk perluasan cawangan. Setakat ini sahaja 99 SpeedMart memiliki sekitar 2,651 cawangan di pasaran semasa.
Melihat pada pertumbuhan tersebut, kumpulan juga memaklumkan sedang menambahbaik penawaran khidmat e-dagang dan mengukuhkan operasi jualan pukal pada pasaran semasa. Menerusi tumpuan tersebut ia dijangka dapat membantu meningkatkan permintaan domestik secara berkala.
Sementara berdasarkan perluasan jenama pula, kumpulan tidak menolak untuk diperluaskan pada pasaran Asia Tenggara sekiranya memiliki peluang tersebut. Secara menyeluruh, langkah penyenaraian 99 SpeedMart telah menjadi IPO negara terbesar dalam tempoh 7 tahun selepas penyenaraian Lotte Chemical Titan Holding pada 2017 dengan pengumpulan RM3.77 bilion.