Artikel

ASNB Umum Agih Pendapatan 4.75 Sen Seunit – Bagi ASM 2 Wawasan

ASNB, Amanah Saham Nasional Berhad iaitu syarikat urusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini mengumumkan pengagihan pendapatan 4.75 sen seunit bagi dana harga tetapnya – Amanah Saham Malaysia 2 Wawasan (ASM 2 Wawasan) kepada umum untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024.

Pada makluman itu, ASM 2 Wawasan akan membayar sebanyak RM1.13 bilion – yang mana akan melibatkan manfaat lebih 939,000 pemegang unit.

Jumlah agihan ini sekaligus mengatasi agihan sebelum ini yang direkodkan 4.50 sen seunit. Menurut kenyataan, pendapatan untuk ASM 2 Wawasan ini diperoleh daripada keuntungan modal, pendapatan dividen serta pendapatan-pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

Berikutan pengumuman ini, urus niaga ASM 2 Wawasan di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 30 Ogos sehingga 31 Ogos 2024. Pemegang unit juga boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 1 September 2024.