Jumlah pempengaruh media sosial dan usahawan digital yang beragama Islam dilihat semakin meningkat. Pertambahan ini secara langsung mendorong aktiviti ekonomi yang lebih rancak dalam pasaran negara, namun perolehan zakat melibatkan pendapatan dan perniagaan tidak mencerminkan keadaan sedemikian.
Situasi ini menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS) secara jelas menunjukkan masih ramai kalangan kumpulan tersebut – yang tidak melunaskan tanggungjawab mereka pada tuntutan zakat.
Malah secara menyeluruh berlandaskan data PERKESO, terdapat 1,000 syarikat bumiputera di Selangor yang aktif dan layak turut diteliti belum melunaskan zakat perniagaan mereka. Senarai ini meliputi perniagaan jenis individu (pemilikan tunggal) dan syarikat (sendirian berhad).
Maka kumpulan yang terlibat, diseru untuk melunaskan tanggungjawab mereka bagi membantu kumpulan yang memerlukan di pasaran negara. Khususnya untuk pembangunan tunai kalangan kumpulan berpendapatan rendah.