Akhir tahun ini, disasar Akta Iltizam Kecekapan Kerajaan akan diperkenalkan dan dibentang dalam Parlimen negara. Aturan ini bertujuan untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan prosedur tertentu dalam urusan memulakan perniagaan di Malaysia.
Makluman Kementerian Ekonomi pada sidang kajian OECD semalam, memperincikan penelitian akta itu berupaya membantu meningkatkan kecekapan proses perniagaan di negara. Seperti yang umum sedari, ketika ini proses melibatkan perniagaan negara dilihat lebih lama berbanding negara lain.
Keadaan itu sekaligus membantutkan usaha sektor ekonomi untuk memacu daya saing di peringkat pasaran yang lebih besar.
Secara mudahnya akta baharu ini akan berperanan dalam menetapkan garis panduan berlandaskan aspek kecekapan. Adanya pelaksanaan tersebut, seiring dengan Akta Tanggungjawab Fiskal ia akan melancarkan inisiatif negara untuk melandaikan tekanan birokrasi secara berfasa.