Susulan pelarasan gaji yang dilaksanakan ke atas 1.6 juta penjawat awam negara – aturan itu secara langsung akan meningkatkan jumlah pembayar cukai di Malaysia.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jangkaan pertambahan kumpulan pembayar cukai ini didasari berasaskan gaji yang diterima melebihi nilai ambang percukaian yang ditetapkan. Namun kriteria sedemikian turut bergantung berasaskan tahap pelepasan yang dituntut dalam percukaian.
Pertambahan ini akan diperlihat setelah kenaikan gaji dilaksanakan pada dua fasa iaitu pada 1 Disember 2024 ini dan 1 Januaria 2026 kelak.
Menerusi jangkaan pertambahan pembayar cukai ini, LHDN akan memperkemaskan panduan percukaian menyeluruh melibatkan aturan pendaftaran fail cukai pendapatan, penghantaran borang cukai, pelaporan dan bayaran.
Adanya panduan sedemikian ia tidak sekadar memudahkan pembayar cukai baharu tetapi turut membantu LHDN mengurangkan ketirisan serta meningkatkan kecekapan kutipan hasil negara.