Artikel

Mulai 1 Okt – Maybank Beralih Ke e-Penyata, Tidak Lagi Menghantar Penyata Fizikal Buat Akaun Semasa Peribadi & Perniagaan

Bermula 1 Oktober 2024 ini, Maybank dan Maybank Islamic tidak lagi menghantar penyata akaun fizikal buat pengguna akaun semasa peribadi dan akaun semasa perniagaan. Di mana aturan tersebut akan beralih kepada penyata elektronik (e-Penyata).

Peralihan ini menurut notis Maybank adalah selaras dengan aspirasi kelestarian Bank untuk mengurangkan percetakan dan penggunaan kertas.

Namun sekiranya pengguna masih memerlukan penyata akaun fizikal, semua pihak boleh memohon kepada mana-mana cawangan berdekatan dan untuk penyata fizikal tempoh 1 tahun akan dikenakan caj RM1 untuk setiap muka surat, caj pentadbiran RM10 pada setiap permohonan. Manakala penyata fizikal untuk tempoh lebih 1 tahun pula akan dikenakan caj pentadbiran RM20 bagi setiap permohonan.

Selanjutnya berbalik kepada akses e-Penyata, para pengguna akan menerima kemudahan itu secara automatik menerusi emel yang didaftarkan dan turut boleh mengakses ia secara mudah melalui perbankan dalam talian Maybank pada saluran Maybank2u, Maybank2u Biz dan Maybank2E.