Artikel

1.6 Juta Penjawat Awam Akan Terima Kadar Gaji Baharu Secara Berfasa – 1 Disember 2024 & 1 Januari 2026

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini diumumkan akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 kelak. Pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini secara jelas akan memberi manfaat kepada lebih 1.6 juta penjawat awam negara bersama kenaikan gaji antara 15% sehingga 42.7%. Namun pelaksanaan kenaikan gaji ini akan dijalankan pada dua fasa.

Di mana Fasa 1 akan bermula 1 Disember 2024 ini, diikuti Fasa 2 pada 1 Januari 2026 kelak.

Sebagai perincian untuk Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi fasa 1 akan menerima sekitar 8% dan fasa 2 akan menerima 7% (secara amnya mewakili 15%).

Sementara Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima 4% pada fasa 1 dan 3% pada fasa dua.

Namun selain penerapan sistem tersebut, terdapat beberapa pengumuman lain yang turut menjadi perhatian semua pihak dalam gerak atur khidmat awam kelak – antaranya adalah;

  • Kerajaan akan laksana MyPERFORMANCE, sistem penilaian prestasi tahunan baharu penjawat awam
  • Ganjaran hanya diberi kepada kakitangan awam yang memaparkan prestasi seiring tahap yang ditetapkan berlandaskan gred jawatan
  • Kelayakan minimum memasuki khidmat awam akan dibuka kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & TVET
  • Kelak penyelarasan dan penyeragaman semula gred jawatan akan dilaksanakan mengikut keperluan semasa
  • Iltizam kecekapan pentadbiran baharu akan dilaksanakan bagi meningkatkan ketelusan kalangan penjawat awam negara melibatkan semua operasi jabatan