Selain penggunaan air yang tinggi, ditambah taburan hujan lebih rendah – situasi sedemikian telah memberi kesan kepada stok simpanan semasa air mentah di dua empangan utama Pulau Pinang, yang kini merekodkan kapasiti stok di bawah 30%.
Peratusan setakat Isnin lalu menurut meliputi Empangan Air Itam sekitar 641 juta liter (29.7%) dan Empangan Teluk Bahang sekitar 4,810 juta liter (26.4%).
Mengikut laporan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), biarpun taburan hujan lebih tinggi situasi itu tidak dapat meningkatkan kapasiti efektif empangan terlibat namun ia berupaya memperlahankan penurunan kapasiti stok simpanan air semasa.
Maka untuk meningkatkan lagi sokongan tersebut, penduduk Pulau Pinang disarankan untuk laksana langkah penjimatan penggunaan air. Aturan itu akan membantu pertahankan rizab air mentah terlibat sehingga musim hujan mendatang – yang dijangka bermula September kelak.
Antara usaha lain yang akan dilaksanakan adalah tindakan pembenihan awan. Setakat ini pentadbiran masih menanti pengamatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum menjalankan operasi tersebut.
Buat pengetahuan umum, setakat akhir Julai lalu – bagi tempoh Januari sehingga Jun 2024 didapati penggunaan air di Pulau Pinang adalah 887 juta liter sehari (JLH). Ini memperlihatkan berlakunya peningkatan 10 juta liter sehari secara tahunan. Maka adanya gesaan pengurangan 10% penggunaan air domestik tersebut ia secara langsung akan membawa kepada penjimatan air kepada keperluan negeri.