Seiring dengan penerapan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan direalisasikan tidak lama lagi, dijangka penjawat awam akan menerima kenaikan gaji sekitar 15% sehingga 42.7%.
Makluman ini menurut Kementerian Komunikasi telah diteliti berasaskan keperluan kenaikan gaji semasa.
Antara kategori yang akan memperlihatkan peningkatan gaji adalah kalangan kumpulan pelaksana, menjadi yang tertinggi menerima kenaikan sehingga 42.7% sementara kumpulan Ketua Setiausaha (KSU) atau Ketua Pengarah Penerangan pula menjadi kategori yang lebih sederhana meraih kenaikan gaji.
Berikutan pelarasan gaji ini, terdapat beberapa implikasi akan diteliti pentadbiran negara dan ianya akan dibentangkan pada sidang Belanjawan 2025 Oktober kelak.