Artikel

KWSP: Pengeluaran Simpanan Tanpa Penama, Boleh Dilaksanakan Pewaris Terdekat

Sekiranya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meninggal dunia dan tidak meletakkan sebarang penama ke atas simpanan persaraannya – usah khuatir, dana tersebut boleh dimohon oleh waris terdekat mahupun pasangan pencarum.

Pihak waris diperincikan perlu kemuka dokumen sokongan seperti surat probet dan surat kuasa pentadbir iaitu pihak yang diberi peranan untuk mentadbir harta pusaka si mati berikutan tiada wasiat ditinggalkan.

Bagaimanapun mengikut makluman, hanya pihak yang berkelayakan dilantik Mahkamah sahaja dibenarkan laksana tuntutan pengeluaran berdasarkan perintah yang tertakluk pada dokumen. Urusan sedemikian dimaklumkan tidak memerlukan bantuan peguam lantikan.

Secara menyeluruh, pengagihan dana itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan dilaksanakan mengikut Surat Pentadbiran Mahkamah serta Institusi Perundangan.