Tatkala negara berdepan isu ke arah menjadi masyarakat tua, terdapat faktor lain yang juga perlu diteliti pentadbiran negara – ianya masalah berat badan berlebihan. Berdasarkan tinjauan NHMS 2023 didapati sebanyak 54.4% atau 11 juta rakyat dewasa negara berdepan isu tersebut. Dan terbaharu, kini hampir 50% penjawat awam di Malaysia pula dimaklumkan berdepan masalah obesiti tersebut.
Pada peratusan itu, antaranya yang tertinggi adalah melibatkan penjawat awam di Putrajaya.
Perkongsian data Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada program Car Free Day (CFD) hari minggu lalu, secara jelas memerlukan tumpuan lebih terperinci akan tahap kesihatan kalangan penajwat awam negara.
Secara menyeluruh, mengikut data NHMS 2023 itu kadar berat berlebihan kalangan penduduk dewasa negara telah alami peningkatan 3% berbanding 50.1% yang direkodkan pada 2019. Dan sekiranya kenaikan ini tidak dibendung, terdapat potensi sekitar 41% rakyat dewasa negara berdepan masalah obesiti menjelang tahun 2035 kelak.