Artikel

GXBank Kini Miliki Lebih 750,000 Pengguna – Sejak Dilancarkan Nov Lalu

Setelah beroperasi selama 7 bulan bersama pengguna Malaysia – GXBank memaklumkan operasi bank digital mereka kini memiliki lebih 750,000 pengguna yang telah berdaftar. 

Lebih menarik daripada jumlah tersebut, sejumlah 500,000 penggunanya turut menyokong penggunaan kad GXBank. 

Perkongsian yang dilaksanakan pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecermalangan ini sekaligus seiring dengan matlamat negara untuk memacu akses kewangan digital bersama pengguna tempatan. 

Berdasarkan manfaat yang disediakan GXBank, turut didapati sejumlah 800,000 poket simpanan telah dihasilkan pengguna mereka pada aplikasi dan sejumlah 4 juta transasksi menggunakan kod QR telah direkodkan. Aturan ini memberi cerminan akses perbankan yang lebih mudah telah mendorong lebih ramai pengguna meningkatkan tabiat menyimpan dan perbelanjaan mereka dalam ekonomi negara.

Selain itu membantu pengguna Malaysia meningkatkan kuasa berbelanja mereka – GXBank turut bercadang membuka pusat kecemerlangan serantau di pasaran menjelang akhir 2024 ini.

Pada agenda itu, hab tersebut dijangka tidak sekadar memberi tumpuan dalam khidmat berkaitan bank digital, namun turut menampilkan sokongan teknologi dan pengurusan risiko kepada pengguna negara. Buat pengetahuan umum pembangunan hab ini adalah sebahagian daripada pelaburan RM1.5 bilion GXBank di negara untuk tempoh 5 tahun mendatang.


Buat pengetahuan umum bank digital yang diterajui Grab ini adalah bank digital pertama yang dilancarkan di pasaran Malaysia setelah meraih perlesenan selaku bank konvensional di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) Bank Negara Malaysia pada 29 April 2022 lalu.

Menerusi pelesenan tersebut ia secara jelas memaparkan status GXBank bukan di bawah patuh-syariah. Bagaimanapun operasi kekal optimis untuk menyediakan akses perbankan mesra pengguna buat kumpulan beragama Islam di masa hadapan secara berkala.