Artikel

33,213 Saman Dikenakan Ke Atas Kenderaan Asing – Kesan Kesalahan Trafik Di Malaysia

Dalam tempoh 10 tahun ini, sejak 2014 didapati sejumlah 33,213 notis saman telah dikeluarkan penguatkuasa negara ke atas kenderaan asing yang melakukan kesalahan trafik di Malaysia.

Kesalahan itu secara langsung telah mengugat kesejahteraan pengguna awam dan masih terdapat sebilangan pemandu asing yang tidak melunaskan amaun saman tersebut.

Ketidakpatuhan ini secara langsung menuntut kenderaan asing wajib memiliki Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bermula 1 Oktober kelak. Setakat Jun 2024, Kementerian Pengangkutan (MOT) mendapati sebanyak 70,629 kenderaan telah berdaftar sepenuhnya VEP dengan kutipan fi sekitar RM706,290.

Sementara kenderaan asing dari Singapura pula yang telah melaksanakan pra-daftar VEP merekodkan sejumlah 207,943 buah kenderaan. Menerusi perolehan VEP kelak dijangka nilai kutipanĀ  mencapai RM2,079,430.

Menerusi pelaksanaan VEP, ia secara terus akan membantu Malaysia merekod, mengeluarkan permit serta memantau pergerakan kenderaan asing keluar-masuk di negara. Sekaligus membantu menyelesaikan isu tunggakan saman melibatkan kenderaan yang berdaftar VEP.

Adanya inisiatif VEP ia tidak sekadar mengukuhkan perundangan negara bahkan menjamin kedaulatan negara di bawwah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].