Sarawak kini disasarkan akan memuktamadkan perjanjian jual-beli (SPA) kepentingan pada Affin Bank dalam tempoh sebulan sahaja lagi berikutan telah meraih kelulusan bersyarat bersama Bank Negara Malaysia (BNM). Aturan itu akan melibatkan kesepakatan mereka bersama pemegang terbesar entiti tersebut iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Setakat akhir 2023, Sarawak kini memiliki 4.79% kepentingan pada Affin Bank dan menerusi penyelesaian SPA ia berpotensi ditingkatkan kepada 30%.
Jumlah kepentingan tersebut sekaligus akan meletakkan Sarawak selaku pemegang saham utama Affin Bank di pasaran Malaysia.
Bagaimanapun status sedemikian masih di bawah LTAT, yang kini memiliki sekitar 28.88% kepentingan pada Affin Bank.