Artikel

Nilai Pasaran Fintech Malaysia Dijangka Naik Kepada $100 Bilion – Dalam Tempoh 5 Tahun

Penerapan digitalisasi semasa dilihat berupaya meningkatkan nilai pasaran teknologi kewangan (fintech) negara dengan lonjakan dua kali ganda kepada $100 bilion menjelang 5 tahun mendatang.

Potensi itu menurut Persatuan Fintech Malaysia, didasari berhubung perluasan seperti DuitNow dan sistem pembayaran rentas sempadan seperti Projek Nexus yang kini di fasa 3.

Tidak hanya itu perkembangan pembangunan proses Kenali Pelanggan Anda (eKYC) secara elektronik dan pengenalan bank digital juga dilihat turut memacukan lagi pasaran sektor Fintech negara ini.

Lebih menarik usaha pihak berkuasa kewangan negara untuk mengawal selia model perniagaan inovatif seperti Beli Nanti Pakai Lekas (BNPL) tidak lama lagi turut dilihat akan menarik ramai pelabur Fintech pada pasaran negara. Aturan itu adalah komitmen negara berhubung perlindungan kewangan bersama pemain sektor.

Setakat ini pasaran fintech negara dianggarkan bernilai sekitar $50 bilion dan berupaya dikembangkan secara berkala.