Artikel

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 5.8%, Tertinggi Sejak Suku Keempat 2022 – DOSM

Ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang 5.8% pada suku kedua tahun 2024. Prestasi positif ini antaranya disokong oleh pemulihan domestik dan eksport pada baki tempoh tahun ini.

Jangkaan itu menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) lebih meningkat berbanding 4.2% pada tempoh yang sama tahun 2023 dan pertumbuhan ini adalah tertinggi sejak suku keempat 2022 sekitar 7.4%.

Lebih terperinci, jangkaan prestasi tersebut turut didasari berasaskan peningkatan segmen industri negara. Dengan Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 6.1% dan 2.4% pada April dan Mei 2024. Diikuti nilai jualan borong dan runcit turut meningkat 6.6% (April) dan 7.1% (Mei).

Faktor lain yang turut menyumbang juga adalah lonjakan kemasukan pelancong asing, pengeluaran kelapa sawit serta kemajuan projek pembangunan mega di pasaran negara.