Artikel

Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia Akan Ditubuhkan – Mulai September Ini

Dalam tempoh dua bulan sahaja lagi, Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) akan ditubuhkan dan diletakkan di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Agenda ini adalah kesinambungan matlamat pentadbiran negara untuk menambahbaik kebajikan pekerja seru-pandu dan penghantaran – termasuklah tenaga kerja kalangan separuh masa dan separa profesional.

Selain itu, suatu akta baharu berkenaan ekonomi gig turut akan dibentang di sidang Dewan Rakyat pada Oktober sehingga Disember kelak. Langkah itu untuk memperkasakan lagi hak dan perlindungan pekerja gig negara secara berkala.

Ketika ini hanya 250,000 daripada 1.16 juta pekerja gig sahaja didapati telah mencarum perlindungan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Jurang itu harus dikecilkan demi membantu kesejahteraan pasaran di masa hadapan – tidak hanya pekerja gig malah melibatkan semua pringkat seperti penyedia serta pembekal arena ekonomi gig negara.