Jepun bermula 3 Julai (semalam) secara rasminya melancarkan wang kertas baharu bersama ciri rekaan baharu setelah 20 tahun. Menerusi edisi baharu ini, Jepun menampilkan penggunaan holografi, yang mana memperlihatkan potret tokoh pada wang kertas seakan berputar dalam tiga dimensi.
Pada edisi ini, tiga tokoh bersejarah Jepun telah dipilih untuk potret di wang kertas baharu iaitu Eiichi Shibusawa, Umeko Tsuda dan Shibasaburo Kitasato.
Lebih menarik rekaan nilai wang kerta 1,000 yen, 5,000 yen dan 10,000 yen – dicetak dengan nilai yang lebih besar berbanding edisi semasa, ia secara langsung memudahkan semua lapisan masyarakat khususnya warga tua mengenali wang kertas tersebut.
Edisi 3 Julai 2024

Edisi 1 November 2004

Sementara permukaan kertas pula turut disertakan tanda sentuh bagi membolehkan kumpulan cacat penglihantan mengetahui wang kertas yang dipegang mereka.
Namun begitu, hanya wang kertas 2,000 yen sahaja masih dikekalkan rekaan lama yang dikeluarkan pada 19 Julai 2000. Diikuti duit syiling juga turut menggunakan rekaan yang sama.
Secara menyeluruh dijangka sekitar 7.5 bilion wang kertas baharu ini akan dicetak menjelang akhir Mac 2025 kelak. Menerusi pengenalan baharu tersebut ia dilihat akan memperlahankan lagi penggunaan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) di Jepun. Berikutan setakat 2023, aliran nirtunai masih kekal di bawah sasaran dengan capaian 40%.