Artikel

Kenderaan Diesel Mewah Lebih 10 Tahun Akan Dipertimbang Subsidi – MOF

Tidak lama lagi, Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan senarai kenderaan yang dikategorikan mewah di bawah program BUDI MADANI berhubung pelaksanaan agihan subsidi diesel di pasaran negara.

Akan tetapi terdapat pertimbangan untuk memberi kelonggaran kepada jenis kenderaan diesel mewah yang telah berusia lebih 10 tahun. Faktor ini menurut Menteri Kewangan II, Amir Hamzah masih dalam penelitian sebelum dimuktamadkan.

Selain senarai tersebut, MOF turut memaklumkan pihaknya akan mengumumkan keputusan sama ada harga diesel diapungkan atau sebaliknya dalam masa terdekat kelak.

Menerusi tindakan itu, sekiranya harga diesel diapungkan ia berpotensi mencapai sekitar RM3.50 seliter mengikut harga pasaran, berbanding tindakan harga semasa yang dilaraskan pada RM2.15 seliter.