Artikel

Wang Pencen Perlu Kukuh Tatkala Malaysia Ke Arah Negara Tua Pada 2043 – KWSP

Malaysia kini ke arah menjadi masyarakat menua, apabila dijangka 14% dariapada penduduk negara akan berusia 65 tahun ke atas pada tahun 2043. Kenyataan tersebut kini menjadi tumpuan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memastikan kumpulan pencarum negara bersedia bersama dana persaraan yang kukuh.

Fokus yang dikongsikan pada perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024 (ISWC) hari ini menjelaskan faktor penuaan penduduk itu tidak hanya didepani Malaysia bahkan seluruh penduduk dunia.

Malah apa yang membimbangkan situasi di Malaysia ini – menjelang tahun 2060, negara dijangka memiliki 3 orang dewasa bekerja bagi setiap warga emas berbanding 10 orang dewasa umur bekerja bagi setiap warga emas pada tahun 2020. Keadaan itu berlaku kesan peningkatan jangka hayat fan penurunan kadar kelahiran di negara.

Selain jaminan pendapatan persaraan, KWSP turut ingin menyokong dalam kepentingan kemudahan dana lain antaranya penjagaan kesihatan dan kemudahan penjagaan warga emas. Melalui tumpuan skop ini, ia akan membantu negara melandaikan tekanan kos di masa hadapan.