Artikel

Euronet Akan Jenamakan Semula ATM MEPS – Menjelang 2025

Euronet, penyedia penyelesaian dan pembayaran fintech global kini memaklumkan telah mencapai penyelesaian pada pemerolehan terminal ATM MEPS (Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia) bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) – iaitu agensi rangkaian pembayaran kebangsaan dan kewangan pusat di negara.

Pengambilalihan ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Euronet – selaku pengendali bukan-bank terbesar terminal ATM di Malaysia.

Aturan integrasi rangkaian itu difahamkan akan melibatkan peralihan 800 terminal ATM pada segmen pengerahan ATM bebas (IAD) yang tersedia di bawah Euronet dan bermula 1 April lalu – dimaklumkan peralihan ATM MEPS sepenuhnya ke Euronet telahpun dilaksanakan.

Pada langkah itu difahamkan penjenamaan semula ATM MEPS kepada jenama Euronet sedang dilaksanakan dan berpotensi selesai pada tahun 2025.