Artikel

Pengguna, PKS Kini Boleh Nikmati Akses Pembayaran Berulang – Guna TNG eWallet

Bagi memasikan semua pihak, termasuklah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meraih akses capaian kewangan yang lancar – Curlec, gerbang pembayaran Razorpay kini mengumumkan kerjasama mereka bersama TNG Digital, dengan mengintegrasikan akses pembayaran berulang kepada peniaga dan pengguna di bawah aplikasi TNG eWallet.

Menerusi akses itu, ia dapat memberi kuasa kepada PKS untuk mengutip pembayaran secara berkala, sekaligus membantu aliran tunai kewangan mereka secara menyeluruh. 

Antaranya perniagaan kecil seperti pusat tuisyen, gimnasium atau mana-mana perniagaan berasaskan langganan seperti barang sewa untuk dimiliki, atau kemudahan simpanan sendiri akan mendapat manfaat daripada gerbang pembayaran Curlec yang menawarkan pembayaran berulang pada TNG eWallet.

Setakat ini sahaja didapati 88% rakyat Malaysia telah memilih TNG eWallet selaku antara saluran pembayaran pilihan mereka – angka itu menjadikan TNG eWallet miliki kadar penembusan pasaran yang tinggi dan potensi perkembangan yang luas ke atas perniagaan kecil.

Maka pada akses itu, mana-mana langganan melibatkan perkhidmatan fizikal mahupun penstriman – pengguna tidak lagi memerlukan kad debit atau kad kredit mereka. Dengan akses bersama Curlec dan TNG eWallet – pengguna hanya perlu memasukkan maklumat TNG eWallet mereka pada langkah pembayaran berulang dan transaksi tersebut akan diaktifkan mengikut penjadualan pembayaran yang ditetapkan.

Menerusi kemudahan ini, selain peniaga ia turut memberi kelebihan khususnya kepada pengguna yang tidak miliki akses perbankan. Bersama TNG eWallet, kumpulan ini turut boleh laksana perbelanjaan langganan dengan mudah tanpa dipinggirkan.

Susulan itu, untuk ketahui maklumat lanjut, semua pihak boleh memuat turun aplikasi TNG eWallet atau layari pautan rasmi Touch ‘n Go eWallet bagi tindakan seterusnya.