Artikel

AEON Bank Kini Secara Rasminya Dilancarkan – Jadi Bank Digital Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Selaku antara 5 pemegang lesen bank digital yang diperakui Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kebenaran memulakan operasi selaku bank digital Islam di pasaran – kini secara rasminya AEON Bank dilancarkan kepada semua pengguna negara.

Pelancaran hari ini menyaksikan pelbagai kemudahan diserta AEON kepada pengguna – selain menyediakan pulangan simpanan 3.88% pa, AEON turut menawarkan 3,000 mata ganjaran AEON Points bagi setiap pendaftaran pengguna kepada bank digital menerusi aplikasi. Ini bermakna pengaktifan akaun bank digital tersebut secara auttomatik akan menjadikan pengguna sebagai ahli AEON.

Aturan itu akan memudahkan pengguna untuk berbelanja di pasaraya AEON dengan AEON Bank menerusi imbasan kod keahlian yang tersedia di aplikasi.

Malah menyedari masih ramai kumpulan pengguna dan peniaga yang sering diketipan pada produk penawaran bank konvesional – AEON memaklumkan pihaknya akan menampilkan kemudahan sedemikian secara berperingkat – dijangka seawal 2025 ini.

Selanjutnya, AEON juga menjanggkakan akan melancarkan kad debit mereka pada akhir 2024 – diikuti menyertakan sokongan Apple Pay dan Google Pay untuk melancarkan lagi pengalaman berbelanja pengguna.

Bagi langkah lanjut pengguna boleh mula mendaftar dengan memuat-turun aplikasi AEON Bank atau layari laman rasmi AEON Bank untuk perincian seterusnya.