Artikel

Kerajaan Umum Penyasaran Subsidi Bahan Api – Bermula Dengan Subsidi Diesel Di Semenanjung Malaysia

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penyasaran subsidi bahan api, bermula dengan bahan api diesel – yang dijangka membawa penjimatan kepada RM4 bilion setahun. Untuk permulaan, penyasaran subsidi bahan api ini akan melibatkan pengguna Semenanjung Malaysia sahaja.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan ini masih akan mengecualikan sejumlah kenderaan persendirian dalam tidak membebankan mereka – termasuk seperti nelayan, pengangkutan awam, dan sebagainya. Dibawah ini, 10 jenis kenderaan pengangkutan awam, dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan akan terus diberikan bantuan. Kerajaan juga setuju sediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak. Perincian lanjut dijangka akan dikongsikan oleh Kementerian berkaitan tidak lama lagi.