Artikel

Sarawak Mahu Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Di Kuching

Untuk menyokong perkembangan industri penerbangan dalam pasaran ekonomi semasa, Sarawak kini merancang membina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching.

Langkah itu seiring dengan tindakan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd yang dijangkan akan dimuktamadkan pada akhir 2024 ini dan mula beroperasi pada 2025 di bawah kawalan Sarawak. 

Perkongsian pada sidang DUN Sarawak ini menjelaskan usaha itu akan membantu perluasan rangkaian pengangkutan dan logistik di Sarawak dan ia berpotensi meletakkan negeri seaku hab serantau kesalinghubungan bersama negara-negara Asia Tenggara. 

Berdasarkan tindakan seterusnya, Sarawak kelak akan berbincang bersama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berhubung isu pembiayaan serta peluang perkongsian lanjut.