Setelah menaiktaraf sistem akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 10 Mei dan 11 Mei lalu – kini penambahan Akaun 3 iaitu Akaun Fleksibel telah mula tersedia buat semua pencarum, menerusi paparan di aplikasi KWSP i-Akaun.
Pada penambahan Akaun 3 tersebut, KWSP dilihat menampilkan penerangan ringkas buat para pencarum sekiranya tindakan pindahan wang ingin dilaksanakan. Perincian itu meliputi peratusan agihan simpanan caruman baharu, serta kaedah pilihan pindahan amaun permulaan untuk Akaun 3 daripada Akaun 2.

Sekiranya berlaku pindahan baki simpanan, KWSP turut melampirkan anggaran status simpanan pencarum sebelum dan selepas serta melampirkan cara pengiraan agihan untuk memudahkan para pencarum berkaitan lebih memahami pecahan simpanan. Menerusi anggaran simpanan sebelum dan selepas ini, ia akan mmbantu pencarum laksana keputusan berhubung nilai pindahan amaun ke Akaun 3.


Seperti yang umum ketahui, KWSP kini memberi tempoh bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024 kepada semua pencarum bawah 55 tahun mengatur pilihan pindahan simpanan. Langkah ini hanya boleh dilaksanakan sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan.
Selanjutnya, sekiranya pencarum telah bersetuju melakukan pindahan dan ingin laksana pengeluaran dana – KWSP memperincikan pengeluaran dana Akaun 3 hanya boleh dijalankan 1 pengeluaran dalam sehari. Diikuti amaun minimum pengeluaran ialah RM50 dan jika pengeluaran dana melebihi RM250 maka pencarum dikehendaki melengkapkan proses e-KYC secara atas talian ataupun sebagai alternatif, pencarum perlu kunjungi pejabat KWSP/SST untuk pengesahan cap ibu jari.
Secara menyeluruhnya, untuk lebih fahami lanjut peranan Akaun 3 ini – semua pencarum boleh merujuk pada aplikasi KWSP i-Akaun atau layari pautan rasmi KWSP bagi langkah perincian seterusnya.