Artikel

Australia Naikkan Syarat Had Simpanan Bagi Visa Pelajar Antarabangsa

Australia akan bertindak meningkatkan paras simpanan minimum ke atas pelajar antarabangsa untuk perolehan visa pelajar. Di mana pelajar negara mulai 10 Mei ini, perlu memiliki sekurangnya $29,710 iaitu RM97,787 pada simpanan minimum mereka.

Pelarasan naik yang diumumkan Australia adalah tindak-balas negara untuk mengawal kemasukan warga asing, yang secara langsung telah meningkatkan tekanan kos sewa.

Buat pengetahuan umum, aturan ini merupakan kali kedua dilaksanakan dalam tempoh 7 bulan. Setakat Oktober lalu, paras simpanan minimum telah dinaikkan daripada $21,041 kepada $24,505. 

Selain kenaikan itu, Australia pada Mac lalu turut telah meningkatkan keperluan bahasa inggeris untuk visa pelajar. Langkah itu bagi mengekang lebih ramai pelajar menetap di negara tersebut pada tempoh yang lama. 

Tidak hanya pelajar, sekitar 34 institusi pendidikan telah diberi peringatan untuk tidak lasana sebarang pengambilan pelayar secara tidak sah. Jika didapati berlaku, pihak terlibat berpotensi berdepan tindakan perundangan.

Secara menyeluruh ketika ini jumlah penghijrahan di Australia telah meningkat 60% dengan sekitar 548,000 individu dicatatkan sehingga September 2023 lalu. Maka adanya pelarasan semula peraturan, aturan itu dijangka berupaya mengurangkan pengambilan warga asing sebanyak dua kali ganda menjelang 2026.