Menyedari hampir 10% daripada 130,000 pelajar perempuan B40 berdepan isu kemiskinan haid di Malaysia – ATLAS Vending bersama Librese kini tampil dengan insiaitif menyediakan kemudahan mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam.
Pelaksanaan pada peringkat awal di Sekolah Menengah Sains Selangor hari ini, memperincikan usaha itu tidak sekadar membantu para pelajar berkaitan miliki akses tuala wanita, tetapi turut ingin meningkatkan lagi pendidikan tentang haid ke atas semua pelajar.

Berdasarkan data semasa 1 per 4 pelajar B40 akan bertindak tidak hadir ke sekolah sekurang-kurangnya sehari sebulan – berikutan ketiadaan akses kepada tuala wanita dan didapati 13% remaja di Kuala Lumpur turut tidak miliki akses tuala wanita. Ini sekaligus mendorong kumpulan pelajar pada isu kemurungan dan ketinggalan dalam pelajaran.
Maka untuk menangani isu tersebut, pengenalan mesin layan diri tuala wanita pertama kini dilaksanakan di Sekolah Menengah Sains Selangor hari ini dengan memberikan pelajar B40 akses percuma tuala wanita menerusi perolehan kad berdaftar.
Usaha ini dimaklumkan akan diperluas secara berperingkat kepada semua kawasan di Selangor termasuklah di kawasan luar bandar dan untuk kemudahan pelajar Orang Asli.