Artikel

ASNB Raih Lebih RM6 Juta – Menerusi RIA, Penasihat Pelaburan Robo

Setelah memperkenalkan segmen penasihat robo, RIA pada aplikasi myASNB ketika pertengahan Mac 2024 lalu – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini memaklumkan, mereka berjaya menarik lebih RM6 juta pada pelaburan segmen tersebut.

Jumlah pelaburan ini untuk pengetahuan umum meliputi lebih 16,000 pengguna yang telah melabur dalam RIA.

Melihat pada angka pelaburan tersebut, ini secara langsung memperlihatkan segmen pelaburan negara terus meluas, inklusif dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Untuk perancangan semasa, ASNB memaklumkan ketika ini fokus mereka adalah menyediakan penyelesaian pelaburan yang inovatif buat semua pihak – maka pada pengenalan tersebut ASNB mengecualikan yuran pengurusan RIA untuk pelaburan melaluinya sebanyak 0.30% setahun, sehingga 31 Disember 2024 kelak.