Artikel

KL20: SC Perkenal VC Golden Pass, Perluas Akses Modal Teroka Antarabangsa

Bertepatan dengan visi negara untuk menaiktarafkan ekosistem startup tempatan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan perkenalkan VC Golden Pass – untuk menyeragamkan pendaftaran syarikat modal teroka (VC) bagi membolehkan penempatan VC antarabangsa yang berkelayakan di pasaran negara. 

Makluman ini adalah sebahagian perancangan yang termaktub pada agenda sidang KL20 yang sedang berlangsung di Malaysia ketika ini. 

Pada akses tersebut, SC mengalukan kedatangan pemodal teroka antarabangsa yang ingin menapak di Malaysia, bagi memenuhi keperluan ekonomi startup domestik dan serantau. Perolehan akses itu dimaklumkan akan dipercepatkan menerusi pengenalan inisiatif lestari daripada pendaftaran sekitar 6 minggu kepada 2 minggu di bawah rangka penilaian SC. 

Setakat tahun 2023 sahaja lebih 130 syarikat berdaftar bersama RM17.6 bilion aset bawah pengurusan (AUM) melibatkan modal teroka dan ekuiti swasta direkodkan. Menerusi perluasan pas sedemikian ini akan memacukan lagi pertumbuhan VC di Malaysia secara berkala.