Artikel

Khazanah Nasional Sedia RM1 Bilion, Pada Syarikat Malaysia Berpertumbuhan Tinggi 

Selaras dengan komitmen belanjawan negara, kini diumumkan Khazanah Nasional akan melancarkan National Fund of Funds bersama peruntukan awal berjumlah RM1 bilion – bagi dilaburkan pada syarikat bernovasi dan berpertumbuhan tinggi di Malaysia.

Makluman yang dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang KL20 yang bermula hari ini, menjelaskan terdapat beberapa pelaburan lain turut akan dilaksanakan untuk merancakkan lagi arena perniagaan dan startup negara.

Antaranya melibatkan jumlah pelaburan RM3 bilion turut akan dilaksanakan pada ekosistem Malaysia dan Asia Tenggara di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN – selain Khazanah, turut melibatkan Kumpulan Wang Persaraan dan Blue Chip Venture Capital.

Melalui sidang ini, ia secara langsung akan membantu negara menambah-baik ekosistem ekonomi di samping meletakkan Malaysia selaku hab pilihan pada arena startup dan modal teroka. Buat pengetahuan, pentadbiran meletakkan matlamat untuk menjadikan Kuala Lumpur selaku 20 hab startup terbaik dunia menjelang tahun 2030.