Sekiranya tahun lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menduduki tempat ke-67 – kini prestasi tersebut dilihat sedikit menurun apabila tahun ini, ia berada pada kedudukan ke-71.
Senarai lapangan terbang dunia mengikut tinjauan Skytrax 2024 ini, diteliti berasaskan maklum-balas penumpang bagi kemudahan perkhidmatan dan penerapan digitalisasi yang tersedia buat pengguna di lapangan terbang seluruh negara.
Selain KLIA, beberapa lapangan terbang antarabangsa lain turut memaparkan peralihan kedudukan – di mana Lapangan Changi, Singapura (2) tidak lagi mengungguli tempat pertama, ekoran Lapangan Doha Hamad (1) telah meraih status tersebut. Diikuti Lapangan Seoul Incheon (3) mengatasi Lapangan Tokyo Haneda (4) dan Lapangan Tokyo Narita pula naik ke tempat-5 berbanding ke-9 sebelum ini.
Berbalik kepada prestasi negara, buat pengetahuan umum sejak 2013 lagi kedudukan KLIA kian menurun apabila didapati tidak lagi tersenarai pada kelompok 10 lapangan terbang terbaik dunia.
