Artikel

KBS: Individu Bayar Yuran Latihan Sukan, Akan Raih Pelepasan Cukai

Sepertimana yang dimaklumkan ketika Belanjawan 2024 lalu, pentadbiran negara menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini memaklumkan pelepasan cukai akan diperluaskan meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan

Perbelanjaan ini untuk makluman adalah melibatkan kegunaan diri sendiri, suami isteri atau anak.

Jelas KBS, pelepasan cukai tersebut adalah skop baharu yang dimasukkan untuk perbelanjaan yang dibuat oleh individu bermula tahun 2024 – ini bermakna pelepasan cukai tersebut dapat diraih mulai tahun 2025. Antara kriteria yang digariskan adalah seperti berikut:

  • Latihan sukan secara one-off atau bersiri seperti kelak, bengkel mahupun kursus
  • Jenis sukan tertakluk di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) iaitu:

  • Penyedia latihan sukan haruslah berdaftar bersama Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
  • Setiap perbelanjaan yuran latihan sukan harus dibuktikan dengan pemilikan resit secara atas talin atau penyata akaun bank

Buat pengetahuan umum, sebelum ini pelepasan cukai sukan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya melibatkan pembelian peralatan sukan mengikut senarai dibawah Akta 576, bayaran sewaan atau fi mana-mana kemudahan sukan, bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan sukan dan yuran keahlian gimnasium. 

Menerusi penambahan ini, ia secara langsung tidak sekadar meluaskan segmen pelepasan cukai tetapi turut memberi galakan orang awam sertai latihan sukan di pasaran. Untuk tindakan lanjut semua pihak dinasihati unuk laksana semakan terlebih dahulu bersama penyedia latihan sukan berkaitan bagi meraih kelayakan pelepasan cukai tersebut.