Artikel

Kerajaan Beri Tol Percuma Pada 8 Dan 9 April Ini – Sempena Aidilfitri 2024

Bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, kerajaan kini memaklumkan pemberian tol percuma selama 2 hari kini diberi kepada pengguna kenderaan kelas 1 (kelas persendirian – pada 8 dan 9 April 2024.

Penawaran ini melibatkan di semua lebuhraya kecuali plaza tol lebuhraya di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Maka melalui insentif tersebut, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan ke destinasi mereka dengan teratur. Malah diingatkan meskipun penawaran tol adalah percuma, para pemandu masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go anda di plaza tol sebelum memasuki lebuhraya.

Tindakan tersebut tidak akan dikenakan sebarang caj untuk tempoh 8 April dan 9 April ini.